Bagaimana Cara Jadi Ejen Hartanah?

Sejak dua tiga tahun lalu, kerjaya ejen hartanah ini telah mendapat pendedahan yang luas di kalangan Bumiputera. Bukan orang yang biasa-biasa menceburi bidang kerjaya ini. Doktor, jurutera, guru dan pensyarah pun sudah melompat ke kerjaya ejen hartanah yang lebih lumayan dan fleksibel.

kerjaya-ejen-hartanah

Beza Ejen Hartanah vs Perunding Hartanah

Pertama sekali saya nak jelaskan perbezaan perkataan ejen hartanah dan perunding hartanah di mata Lembaga Penilai, Penaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).

Ejen Hartanah

Ejen hartanah ini adalah individu yang telah menjalani Test of Professional Competency (TPC) dan telah lulus interview dengan LPPEH. Mereka ini mempunyai lesen untuk membuka agensi harta tanah.

Perunding Hartanah

Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN) adalah individu yang telah menghadiri Negotiator Certification Course (NCC) dan telah bernaung di bawah mana-mana agensi.

Tapi umum lebih mudah membahasakan perunding hartanah sebagai ejen hartanah.

Jadi bagaimana nak ceburkan diri dalam kerjaya ini?

1) Minat terhadap hartanah

Anda perlu minat dalam kerjaya ini. Jika tak minat, agak sukar jika anda nak lalui hari-hari anda sebagai ejen hartanah. Anda perlu excited jika melawat mana-mana hartanah. Baru senang untuk anda bercerita dan menjual listing hartanah.

2) Sertai kursus Negotiator Certification Course (NCC)

Kursus ini adalah kursus wajib yang anda perlu pergi untuk menjadi certified Real Estate Negotiator. Ada banyak pihak yang menganjurkan kursus NCC ini. Antaranya di sini. Selepar itu, anda akan dapat REN Number dan REN Tag untuk memulakan aktiviti ejen hartanah.

3) Daftar di mana-mana agensi hartanah

Anda boleh mendaftar di mana-mana agensi yang berdekatan dengan anda. Senarai agensi yang berdaftar boleh didapati di laman web LPPEH (http://www.lppeh.gov.my/). Cari agensi yang memberikan latihan yang intensif dan memberikan support kepada anda.

4) Mulakan aktiviti ejen hartanah

Selepas daftar, apa lagi ! Jalankan saja aktiviti ejen hartanah. Dapatkan support daripada leader anda.

Saya harapkan artikel ini membuka minda anda tentang cara-cara menjadi ejen hartanah.

Semoga anda berjaya !

Boleh hubungi saya di 016-2060-669 untuk jadi perunding hartanah atau daftar terus di sini.
Letakkan nama Syikin Rosli di ruangan "Siapa yang perkenalkan anda dengan kerjaya ini?".

This Post Has 1 Comment

  1. Terbaik, artikel menarik untuk dikongsi bersama.

Leave a Reply

Close Menu

Pendaftaran Business Career Program

Sila isikan maklumat anda di bawah.
Anda akan dibawa ke halaman Billplz untuk membuat pembayaran RM20 setelah anda klik “Submit“.

Please select a valid form

Pendaftaran Business Career Program Senawang

Sila isikan nama anda di bawah untuk mendaftar.

Please select a valid form