5 Langkah Transfomasi Makan Gaji Kepada Agen Hartanah Sebagai Kerjaya Serius

 

Pernah anda terfikir untuk menceburi dalam bidang hartanah tetapi masih belum lagi kesampaian kerana tidak tahu bagaimana nak mula?

Apakah yang meyekat diri anda daripada meneruskan cita-cita tersebut sekarang? Memang ianya merupakan bukan satu langkah yang mudah jika kurang keyakinan diri.

Keyakinan diri selalu dikaitkan dengan sistem kepercayaan diri kita, bila kita percaya kita tidak pandai berniaga, kita selamanya tidak pandai dan menghadkan keupayaan kita dengan sistem kepercayaan tersebut seperti takut rugi. Akhirnya, ianya mempengaruhi tindakan kita; Ingin sesuatu, tapi tidak berani untuk memulakan.

Masalah transformasi karektor seorang pekerja adalah cabaran paling tidak mudah untuk menjadi Agen Hartanah. Jika anda mempunyai masalah ini sekarang, kita serupa.

Sewaktu saya bergelar pekerja dulu, setiap hari saya berasa tertekan dengan rutin pekerjaan saya menyebabkan saya tidak berkesempatan meluangkan masa beraktiviti bersama keluarga.

Disebabkan kepenatan berlarutan, dua tahun lalu, timbul idea untuk berhenti kerja dan berhasrat menceburi bidang ke Agen Hartanah.

Namun produktiviti hartanah separuh masa adalah terbatas. Keinginan untuk menceburi bidang hartanah sepenuh masa sangat mengujakan.  Saya mencari ilmu hartanah dan pemasaran yang praktikal dengan lebih mendalam selama lebih setahun lamanya untuk membina platform hartanah saya yang asas.

Bagi membuat keputusan untuk memulakan karier sebagai agen hartanah secara sepenuh masa setelah lebih 18 tahun bekerja makan gaji bukan suatu perkara yang mudah.

Hampir dua tahun lamanya saya amat teragak untuk berhenti kerja kerana banyak bayangan kerisauan bermain di fikiran saya dan sistem kepercayaan saya sentiasa menolak idea baru ini.  Penolakan berlaku kerana saya selama ini hanya membayangkan ketakutan dan bukan keseronokan dalam hartanah.

Bayangan ketakutan kegagalan sering menghantui kotak pemikiran yang masih mempunyai sistem kepercayaan sebagai seorang pekerja dan mindset bahawa saya hanya mampu mendapat pendapatan melalui gaji dan tidak mampu untuk berubah.

Di sini saya kongsikan beberapa tips tindakan sebelum menjadi agen hartanah.

 

  1. Ubah Sistem Kepercayaan

Bila saya tanamkan sifat kepercayaan terhadap diri sendiri, saya membuat keputusan dan menguatkan nekad saya untuk menjadi Agen Hartanah sepenuh masa.

Persoalannya, bagaimana transfomasi sistem kepercayaan ini saya laksanakannya? Pada mulanya persoalan timbul, bolehkah saya mengubah gaya pemikiran dan mindset seorang pekerja kepada seorang Agen Hartanah?

Saya perlu berusaha mengubah sistem kepercayaan saya sebagai seorang pekerja kepada seorang Agen Hartanah.

Apa yang perlu dilakukan, saya menyenaraikan sikap saya untuk kenalpasti karektor dan personaliti saya sebagai seorang pekerja yang perlu diubah supaya saya mampu mengubah tingkahlaku saya sebagai seorang Agen Hartanah.

Bilamana saya berjaya mengubah sistem kepercayaan sebagai seorang pekerja, saya yakin mampu berfikiran seperti seorang Agen Hartanah.

Sebelum berhenti kerja atau perancangan hartanah baru, saya mempunyai peta minda yang mencorakkan perjalanan ke arah menjadi seorang Agen Hartanah yang berjaya.

Sistem kepercayaan mesti bermula atau sampai ke hati, bukan di fikiran kerana hatilah yang menjadikan kita apa yang kita rasa!!. Fall in love. Bukan semata kerana wang!!.  Feel more, Act more.

Bila kita sudah ada sistem kepercayaan tersemat di hati, bina pula sistem halatuju.

 

  1. Rangka Matlamat Halatuju

Menetapkan matlamat perlulah seterperinci mungkin. Bagaimana saya melalukannya?. Saya tanyakan soalan ini kepada diri saya…

  • Apakah matlamat saya ingin menukar punca pendapatan daripada seorang pekerja kepada Agen Hartanah?
  • Bagaimanakah langkah yang paling baik untuk menjadi Agen Hartanah secara cepat dan berkesan?

Saya membayangkan secara visual secara tepat sebelum transfomasi ini berlaku, menjadikan saya lebih jelas bagaimana ingin memulakan transformasi ini dengan baik.

Kenyataan Impian saya adalah “Saya adalah seorang pakar dalam bidang hartanah yang mahir membantu lebih 100 orang pemilik hartanah menyelesaikan masalah pembeli yang memerlukan dan mampu menjana pendapatan melebihi pendapatan (letakkan figure) sebagai pekerja pada disember 2018”.

Saya tambahkan lagi ayat yang mengandungi perkataan “dengan” dan “yang” di dalam kenyataan impian supaya lebih jelas dan detail.

Ingat untuk menguruskan persekitaran untuk transformasi ini, Saya perlu mengusulkan perbincangan idea saya untuk menjadi Agen Hartanah sepenuh masa kepada orang terdekat saya iaitu keluarga saya.

Namun saya sendiri perlu menjawap segala persoalan dan mencabar sistem kepercayaan kenapa perlu transfomasi daripada seorang pekerja dan yakin saya mampu memiliki mindset yang baik sebagai seorang Agen Hartanah sebelum saya melangkah membuat transformasi.

Saya menyenaraikan faktor yang mungkin adalah kelemahan yang menjadi cabaran bagi saya, sebagai contoh berkaitan dengan membina networking bersama bakal pelanggan iaitu pemasaran (“marketing”) dan penjualan (“sales”) serta skil negosiasi (“negotiation skill”).

Skill ini bukan mudah untuk diaplikasi dalam masa yang singkat kerana perlu dibina melalui pengalaman. Untuk mempercepatkan transformasi, saya memerlukan mentor berpengalaman.

 

  1. Pilih Mentor Yang Mempercepatkan Destinasi

Saya mula mencari mentor yang boleh membimbing saya dari zero.   Saya diketemukan dengan mentor hartanah dengan secara tidak sengaja menemankan saudara bertemu dengannya iaitu Tuan Ahmad Firdaus Mahmood.

Dengan menghadiri sistem mentoring oleh pengasas Saudagar Hartanah, Tuan Ahmad Firdaus Mahmood, saya banyak menjimatkan masa, jalan potong saya untuk berjaya dalam bidang hartanah.

Saya fokus dan buat sahaja apa-apa topik yang diajarkan. Ini kerana teknik mentoring beliau banyak menggunakan langkah yang praktikal dan senang dipelajari.

Alhamdulillah bulan pertama saya berjaya menjual sebuah apartment di Subang Bestari secara bersendirian dan konfidennya untuk pemilik non-bumi dan hartanah atas nama sebuah syarikat Sdn. Bhd.

 

  1. Tingkatkan Elmu Hartanah

Saya bukan sengaja mengeja ilmu sebagai ‘elmu’.  Mentor kolam jiwa saya memperkenalkan perkataan ini memberi maksud lebih mendalam dari maksud ilmu itu sendiri.  ELMU, dengan permulaan ‘E’ bermaksud  ilmu tentang emosi manusia, dan mengenali juga emosi diri sendiri dan sifat diri sendiri.

Kejayaan transformasi makan gaji kepada Agen Hartanah adalah suatu kejayaan langkah yang besar buat saya.  Namun cabaran kedua pula perlu diharungi; sebagai seorang Agen Hartanah, kita perlu sentiasa fokus halatuju hartanah dan cabaran membina networking yang baru.

Bidang penjualan dan pemasaran adalah jauh berbeza dengan skop kerja saya selama ini yang lebih teknikal. Sebagai ahli pemasaran dan penjualan, kita perlu kesenian berkomunikasi untuk memenuhi hati pelanggan saya.

Kebanyakan ramai orang mempunyai minda dikekang dengan mindset “takut salah kata”.  Sama dengan saya, Ini menyebabkan intonasi suara saya selalu berubah gugup seperti tiada keyakinan diri, walaupun sedang bercerita perkara yang sepatutnya mengujakan.

Alhamdulillah, setelah mempelajari teknik closing dalam kelas mentor Saudagar Hartanah, saya lebih selesa di awal perbualan sewaktu penjualan atau bertemu pemilik rumah atau bakal pembeli. Saya lebih selesa untuk menjual dengan hanya berpegang kepada satu peraturan, jangan menjual produk, tetapi jual diri.

 

  1. Tingkatkan Elmu Komunikasi

Dengan ekonomi sekarang, ramai yang mempunyai kuasa membeli yang kurang dan tidak senang untuk menemukan pembeli dengan penjual rumah subsales.

Saya kongsikan di sini pengalaman saya untuk meyakinkan bakal pembeli rumah yang berharga RM1.2 juta dalam situasi pembeli tidak mahu melihat rumah yang dimahukan selagi harga yang diingini tidak diturunkan kepada RM 1 juta.  Pihak penjual pula tidak mahu membuat apa-apa tawaran lebih rendah kepada seorang pembeli yang tidak serius.

Saya mencipta satu emosi yang kuat kepada pembeli dengan membayangkan yang rumah itu adalah rumah baru dia. Saya posisikan pembeli bahawa rumah itu sudah menjadi miliknya.

Saya tidak perlu memujuk dia dan hanya berkata “Puan pembeli, saya sudah rujuk harga yang puan nak kepada penjual tetapi dia tidak kata “ya” atau “tidak” dan menjemput puan datang meninjau rumah berkenaan.  Saya cadangkan puan luangkan hujung minggu bercuti di rumah baru puan selama 30 min esok? Sekurang-kurangnya puan boleh periksa rumah sekiranya ada kerosakan dan boleh kurangkan harga”.

Saya merasakan satu kejayaan besar bila saya berjaya membuatkan dia mengubah keputusan kerasnya tidak mahu melihat rumah itu tanpa penurunan harga, tanpa merayu.  Saya sangat teruja dengan reaksinya terus bersetuju dengan cadangan saya. Tambahan lagi memuji-muji saya di depan mentor saya. Walaupun saya tidak close, tetapi pengalaman itu lebih penting.

Apabila berkenalan dengan pemilik rumah dan mempunyai masa yang lebih untuk berbual, saya adunkan teknik untuk menerokai sistem kepercayaannya dan mendapatkan keywordnya untuk membuat keputusan pembelian.

Saya yang berceritapun merasa teruja dan gembira sewaktu menyampaikan dan dapat rasa kami bersama dalam kisah penceritaan tersebut. Sangat jauh berbeza dengan dulu di mana bila bertanya sepatah, dapat jawapan sepatah juga, akhirnya patah hati.

Transformasi kerjaya menjadi Agen Hartanah menjadi lebih mudah dan senang untuk dipraktikkan dengan beberapa teknik mentor dan Ilmu saya ini semakin berkembang serta mampu berterusan dengan pembacaan dan perkongsian pengalaman sedikit sebanyak dapat menggerakkan elmu hartanah saya dengan lebih daya maju.  Saya juga sedang membina jenama hartanah saya sendiri jodohartanah.com.

Saya sangat berharap penulisan kali pertama ini difahami kerana sayalah yang bertanggungjawap penuh sekiranya mesej yang kongsikan disini tidak sampai kepada pembaca.

Saya di sini merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Ahmad Firdaus Mahmood atas ilmu yang dikongsi di dalam setiap kelas pembelajaran secara praktikal dan pantas menerokai kefahaman mengenai hartanah.  Saya sangat sarankan Saudagar Hartanah kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang hartanah sebagai kerjaya yang serius.

PASSION

Sekian.

Nukilan,

Nor Ozir (Real Estate Negotiator)

Websiste : Jodohartanah.com

FB Page :  Sungai Buloh Property,

                 Subang Bestari Kwasa Damansara Property,

                Semak Nilai Hartanah

IG          : Jodohartanah

This Post Has 1 Comment

  1. Terbaikkk Nor Ozir 👏🏻👏🏻👏🏻

Leave a Reply

Close Menu

Pendaftaran Business Career Program

Sila isikan maklumat anda di bawah.
Anda akan dibawa ke halaman Billplz untuk membuat pembayaran RM20 setelah anda klik “Submit“.

Please select a valid form

Pendaftaran Business Career Program Senawang

Sila isikan nama anda di bawah untuk mendaftar.

Please select a valid form